Tuesday, November 18, 2008

KLUANG RAIL COFFEE


salam sume....aku just nk kongsi satu tmpat makan best kat kluang..... kalau aku balik kluang mang aku akan pegi n family aku sarapan kat situ...tapi gaya aku makan bkan sarapan dh...dh macam makan tghari...hehehee....kalau kat kluang sape tak kenal warong kopi kat stesen keretapi tuh...mang top habis...roti bakar die perghhhhh....meleleh butter die tuh.....best.....kopi die lagi dasat....salah org minum balik ting tong kepala...hehehe...syok beb.... telur rebus die...nasi lemak....sume sedap..... aku kongsikan gmbar2 menarik masa aku makan kat sana tuh.....so sesiapa yg kebetulan ada kat kluang...pegi lah....comfirm puas ati..tp lau ujung minggu....mang kena queue lah ye....chow......

Tuesday, November 11, 2008

Paras minimum harga petrol, diesel mungkin ditetapkan

Kerajaan tidak menolak kemungkinan menetapkan paras minimum bagi harga runcit petrol dan diesel domestik meskipun harga minyak mentah di pasaran dunia terus menunjukkan trend penurunan.

Menteri berkata, ia bagi mengelakkan kerajaan terus menanggung jumlah subsidi yang besar sehingga menjejaskan perbelanjaan pembangunan sektor lain.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut bila paras minimum itu akan dilaksanakan.

‘‘Penetapan paras minimum itu terpulang pada mesyuarat yang diadakan setiap minggu.

‘‘(Jika ada) kerajaan mungkin dapat menjimatkan perbelanjaan subsidi dan seterusnya membolehkan wang tersebut digunakan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar hari ini.

Jangkaan perbelanjaan bagi pemberian rebat minyak dijangka mencecah RM5 bilion manakala subsidi minyak iaitu 30 sen bagi setiap liter pula dijangka berjumlah RM18 bilion.

‘‘Ia merupakan beban yang besar untuk negara. Sudah sampai masanya untuk kita timbang apa yang baik untuk negara, selain harga minyak yang rendah.

‘‘Harga minyak yang rendah tetapi tidak ada projek pembangunan atau langkah merangsangkan ekonomi, juga tidak baik untuk negara,” katanya.

Ditanya sama ada harga minyak akan berada di paras sekitar RM2 akhir tahun ini, beliau berkata, ia tidak sukar jika dilihat pada harga pasaran minyak mentah dunia sekarang.

‘‘Tetapi rakyat seharusnya terus mengamalkan sikap berhemat dalam perbelanjaan seharian walaupun harga minyak jauh lebih rendah berbanding ketika ia mula dinaikkan Jun lalu.

‘‘Dan ia dijangka akan turun lagi dalam masa terdekat,'' katanya.


ni ape nih...ape benda nih....ape sume nih......korang pecaya ke....aku tak pecaya langsung....ni sume benda bodoh nih....... lau dh turun harga minyak..subsidi pn turun lah...ape skang ni subsidi kurang ke.....ada je alasan bodoh politikus2 kat malaysia nih....aku pn tk paham.... kalau dh jatuh so turun lah...tak pandai langsung nak amik hati rakyat...yang tau nak amik duit rakyat je....ape ke benda lah sume nih...dari yg atas smpai ke bawah....tak berubah...sume kena cocok idung.....bos suh terjun dalam kolam taik sume terjun....bagus betul...amalkan lah budaya camnih.....